DASHBOARD

Bee's camera

Saturday 5 July 2014

Aku dan Sahabat!!

Assalammualaikum.....

hye uolls!! agak lama juga masa yang aku ambil untuk aku review blog aku ni.. dah berkurun aku tak jenguk2 Cikbee ni..ceciter ceciter!!!

ok2 tanpa membuang masa, aku just nak share beberapa story yang membuatkan aku terharu adanya sahabat yang aku paling rapat semester ni!!

Bukan calang2 punya kawan tau!!! budak lelaki lagi tuh!! seumur hidup aku, aku tak pernah n tak akan nak ada niat kawan dengan budak laki2..sebab aku benci sangat kat lelaki (itu dahulu kala). kawan yang aku dapat kali ni dia tersangat lah baik... sampai aku pun tak tau nak explain kebaikan dia...Tpi kalau annoying tu memg tetap ada!!! buat aku marah memang selalu tapi sebab dia kawan n selalu juga tolong aku..memang aku tak amek kisah pun!!!




ketika aku ada masalah, perkara pertama aku akan ingat Allah, kedua family aku n dia orang yang ketiga!! so kira top three juga lah.. heheeeee

aku harap persahabatan kami kekal sampai bila2.....n aku agak sedih n terharu sangat bila aku tau dia ada option untuk sambung tempat lain....
Persoalannya??? ada lagi kah kawan mcm ni???? sedih gila tapi aku kena redha n aku kena ingat dalam hidup ni perpisahan itu adalah pasti...PASTI!!!

kadang2 hidup aku sunyi tanpa sahabat aku ni...... dalam kelas aku akan 24hours duduk dekat dia....kat luar jalan pun mesti dengan dia..... kadang2 orang fikir.. "eh itu kah boyfriend engko" dan aku pun jawab.." kenapa???? tiap kali aku keluar dengan lelaki, boyfriend aku lah ya" hahhaa...
tapi aku tak amek kesah pun, sebab aku memang buat pekak jak apa orang nak cakap selagi benda itu tak betul.....uwahhhhhhhhhhh


dalam hidup ni susah nak dapat sahabat yang memahami.....and daripada pengalaman aku lah aku tak akan rapat dengan budak perempuan.
kenapa kah????
sebab emosi mereka melampau-lampau!!! kadang2 perlu juga kawan perempuan tapi tak akan serapat-rapatnya!!!!! pengalaman aku memang banyak kalau pasal sahabat...ada yang setia, ada yg buat2 setia, ada yg backstab!!! ni yang aku benci nie


Ok2 berbalik pada sahabat yang aku cerita sekarang!!! dia ni ramai pujaan hati dia..sebab yer aku mengaku dia memang handsome...dah handsome baik pula dengan perempuan!!! macam mana perempuan2 kat sini tak terpikat!! (nasib aku kuat iman)

dia lah orang yang selalu dengar bila aku ada masalah....... sampai aku tak malu nak citer semua masalah aku dengan dia...(harap dia boleh dipercayai) keraguan itu masih ada, sebab aku baru jak kenal dia untuk 5bulan ni!!! tapi insyaallah,,,, yang baik pasti dibalas baik!! thanks sahabat...aku nak kau tau aku tersangatlah sayangkan persahabatan kita ni!!!!!

moments2 aku dan sahabat aku!!



yang baju merah tu lah sahabat yang aku maksudkan

no 2 dari kiri



he is my bestfriend eva


peace!!

HARGAI LAH KAWAN ANDA SELAGI DIA MASIH DI SISI ANDA!!! sayang sahabat!!!

Saturday 15 February 2014

Friend 4 eva!!

Assalammualaikum W.B.T

Good morning everyone...what are your feeling on this morning??
some people might be happy, sad, over happy, over sad?? hurmmmmm it's ok as long as u guys look cool!! (Thumbs up)

Hehehe aku nak duk citer pasal friend..ermm sapa sini yang langsung tiada kawan baik or kawan karib or lebih senang takda kawan langsung ler.... ada x ada x??? mustahil lah kan, mesti semua ada kawan. hehehe

Kawan itu penting??
kenapa aku kata sedemikian, sebab kawan ni tempat kita boleh kongsi sesuatu. contoh lah yer, mungkin korang semua ada masalah apa2 jenis masalah lah. hah korang boleh share dengan kawan korang tapi kena pandai pilih kawan juga and kalau nak cerita tu jangan lah terlalu details tapi cerita lah mana yang boleh memuaskan hati diri sendiri tu yer.

ciri-ciri kawan yang perlu ada..........

- Memang start kenal kawan tu, dia dah nampaj macam memahami orangnya
- tak suka sibuk hal orang lain tapi sudi mendengar luahan kawan
- kawan yang selalu memberi nasihat dan pandangan yang positif, tapi kalau ada kawan yang bagi negatif   kena tengok juga negatif macam mana sebab ada kawan bagi nasihat negatif sebab dia nak korang sedar bahawasanya pilihan yang korang buat tu kurang tepat (depends on the situation lah okay)
- kawan yang tak suka pengaruh melakukan benda2 yang negatif or tak elok lah kata orang kan
- kawan yang selalu ingat pada ajaran Allah, maklumlah zaman moden ni agak kurang ada spesis kawan macam nie kan. syukur Alhamdulillah kalau korang ada kawan macam ni.
- Kawan yang tak berkira and sentiasa ikhlas...
- kawan yang memang ada sifat penyayang, and korang kena selidik dulu background kawan korang tu k. maksud aku family dia macam mana (attitude). kalau korang tengok family dia mesra alam and sifat pun elok2 semua elok juga lah anak nya

hope ciri2 ni ada lah dalam diri kawan2 korang k, tak semua manusia perfect tapi usaha lah untuk terbaik. jangan menyesal sudah hari k

macam aku and kawan2 aku..mesra alam jer:



at Tanjung Aru, Kota kinabalu


Syira, Ain, me, ana


U.S

buat masa ini, aku rasa mereka ni lah yang terbaik...ada yang fun, pakar n pintar, blurrrr pun hade hahahaha.

Tuesday 11 February 2014

Wordless wednesday

Assalammualaikum..

patutnye wordless wednesday tapi aku nak tambah ayat sikit aje k



i love u miss doraemon

ok stop n done !!
WORDLESS WEDNESDAY


Thursday 6 February 2014

2014 buat aq senyum sokmo!!!

*Assalammualaikum wbt*

huahuahua aku gumbira sekali bila menjelang nya 2014 tapi ini bukan nak duk cerita pasal tahun baru sebab tahun baru dah lepas.... ni nak duk cerita pasal berita gembira yang membuatkan aku macam tak percaya aje.

hehehe.... sapa yang tak nak dapat peluang sambung study..aku nak yang lain pun mesti nak. Apa kata korang ??? lain orang lain hati dan kemahuannya.

30 Januari 2014 adalah tarikh keramat bagi semua lepasan graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti Teknologi mara (UITM). pasti ada yang menangis kerana gembira dan ada yang menangis kerana sedih tak gembira... dan aku nak bagitau kat sini bahawasanya tarikh ini telah membuatkan semangat aku yang pernah hilang suatu ketika dahulu telah bangkit (terbuka biji mata seluas2 alam macam nak terkeluar pun hade). hehehe

dengan sukacitanya anda berjaya :


this is the things that i really can't believe but i must believe it. apa yang diimpikan dapat. here i go UITM shah Alam. dapat kos pun yang diimpikan juga Applied chemistry....

ok lerrr...this story to be continue ok!!!

Wednesday 22 January 2014

Kami Macam dah kenal 10tahun

Assalammualaikum, hye u alls!!! what did u think in this morning?? huhu Alhamdulillah rahmat Allah turun pagi-pagi. so best juga kalau berdoa waktu solat subuh pagi ni.... org kata Doa mudah dimakbulkan kalau kita berdoa ketika hari hujan....amin amin amin

hari ni aku nak update blog bersebab. sebab nya aku nak cerita pasal kawan-kawan yang aku baru kenal dari tempat kerja kat UMS recently lah. u know what, kiteorang macam dah lama kenal sebab everytime nak hang out mesti dengan diorang. wwwuuuuuu byk special pasal diorang ni tau.

mereka ini adalah golongan-golongan yang memahami isi hati kawan. mereka support dari belakang, cerita jak apa pun diorang tak akan bagi pandangan yang negatif!! fuhlamak mana nak cari kawan macam ni. mungkin sebab mereka berfikiran matang n dah agak berumur sedikit,..cewahhhh mature tu.

Honestly, i want to say that sangat jauh perbezaan kalau kita ada kawan waktu study and waktu kerja. tak percaya???? apa kata cuba cari kerja then dah jumpa kawan baru, u guys kenal-kenal lah dalam 2-3minggu. dapat bezakan tau..eh tak percaya. ok takpa suatu hari akan terbukti juga bahawasanya kata-kata ku bukan mimpi di siang hari heheehehe.

perbezaan waktu study, kita study bersama kawan-kawan, buat assignment pun bergroup mesti ada kawan. so waktu ingat nak study aje (makan, jalan ingat juga). Tapi kalau kerja pula ada sedikit fun lah, sebab kita tak perlu nak ingat fakta sangat n kebanyakan kemahiran. so tangan, kaki, badan, n otak yang bergerak. tapi tak semua kerja gitu ada certain lah.

apa yang best dengan diorang ni, tak kedekut. ala maklumlah dah bekerja mesti ada duit tapi tak juga kedekut kalau bab2 nak belanja kan. ikut turn lah spend2 tu..
kalau waktu study, seposen pun berkira. ala maklumlah study tak da duit, kalau ada pun mak bapak yang sponsor atau pinjaman PTPTN (tak payah nak temberang lah).

walaubagaimanapun, kita kena hargai sahabat kita walau buruk macam mana mereka sekalipun. mana lah tau satu hari kita susah diorang yang sudi datang tolong kita. So kawan kat mana2 pun tolonglah hargai. kalau tak jumpa pun keep in touch pun jadi lah. Sahabat itu penting sama macam family. mustahil kita dapat hidup di dunia ini tanpa orang lain, sangat mustahil. so renung2kan selamat beramal

na kongsi sikit gambar hang out kiteorang semalam:



Azran, ezzuan, wiwi





Artis kami Azran n wiwi





me n wiwi waiting for movie show (The lone survivor)




edit for them





roll model





perdana park at tanjung aru





3 of us



Monday 20 January 2014

Big Applause n big congrated to me!!!

Assalammualaikum......
agak tenggelam juga aku dari dunia blog ini.. dan kini aku kembali wujud nak berceloteh sikit.
nak dikatakan sibuk, kebelakangan ni memang aku agak sibuk. Ala maklum lah 2 minggu lebih aku terikat dengan kontrak kerja.... kerja apa tu yer?? aku hanya menyandang jawatan yang biasa-biasa aja... Pembantu pengawas peperiksaan. Makan gaji juga cik kak oii.

mana ada kerja dalam dunia ni senang, nak jaga tandas pun payah tau!!! kerja aku ni nampak n dengar je senang, bila dah start nak buat payah cik kak oi!! kak Ton pun cabut.  kerja aku sepanjang kontrak ni, meround-round dari satu meja ke meja.. kalau barisan pendek takpa juga, ni sampai kaki aku duk layu. first week memang macam nak tumbang, tapi 2nd n 3rd week ada semangat sikit sebab dah biasa rasa penat.

Apa yang best dengan my job ni kan,,,, langsung tak jumpa dengan sang Matahari.. why??? pergi kerja seawal 5.30 a.m n balik kerja selewat jam 8.00 p.m... a lot of sacrifice i made u know. Bukan senang tau.. ingat kerja apa pun takda yang senang. So my advice for jobseekers kat luar sana, jangan cepat berputus asa. kalau dah dapat kerja tu tolonglah hargai...be discipline k!!! majikan suka dengan pekerja yang disiplin n silap2 cepat naik pangkat... jangan nak makan gaji buta jerr!!!!

So, i just want to say congrates to myself n a big Applause to me as i'm the one who can be more discipline in doing some work, hardworking, honest n patient. U guys mesti n kena ada sikap seperti ini... Not to be proud but being proud to myself hahahhaha....aisehmen sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri!!! bluekkkkkkkkkkk miahahahahhaa.

Congrates dear Nurul


PPP UMS 2013/2014 sesi 1



the most craziest partner.....


SKTM for twice time....


when we were free...snap was the first thing to do


the girls....the girl in the middle is twin for my bff (yusee)


wanita melayu terakhir


fren PPP UMS..till we meet again